Bagaimana Hendak Membudayakan Kemahiran Berfikir
Dalam Kalangan Murid?
Proses berfikir menjadi satu budaya apabila guru
dan murid mengamalkan kemahiran berfikir dan menaakul semasa pengajaran dan
pembelajaran. Alat berfikir membantu guru dan murid melaksanakan aktiviti
kemahiran berfikir dan menaakul. Pembudayaan kemahiran berfikir dilaksanakan
dengan langkah berikut:
1. Memberi kesedaran
2. Perubahan set minda
3. Amalan
1. Memberi Kesedaran
Semua pihak termasuk pegawai di KPM perlu diberi
pendedahan mengenai program i-THINK. Kesedaran dalam mengajar dan belajar
berfikir ini diberi melalui taklimat atau kursus. Dengan itu, semua pihak
mempunyai bahasa pemikiran dan alat berfikir yang sama.
Jurulatih Kebangsaan Program
i-THINK di Bahagian KPM, JPN, PPD, IPGK dan sekolah telah dilatih oleh pihak
Kestrel Education, United Kingdom. Jurulatih kebangsaan sekolah melatih pasukan
pemandu setiap sekolah. Latihan ini dilaksanakan secara berperingkat seperti
Rajah 2 berikut:
2. Perubahan Set Minda
Pentadbir, guru dan murid peru
bersedia untuk berubah dalam pengajaran dan pembelajaran. Perubahan memerlukan
kerjasama semua pihak. Perubahan set minda mengenai program i-THINK
dilaksanakan melalui kempen, latihan, taklimat dan mesyuarat. Sekolah juga boleh
mempamerkan banner, carta dan hasil tugasan pengajaran dan pembelajaran i-THINK
di sekeliling sekolah. Ibu bapa juga terlibat secara langsung dalam
melaksanakan program i-THINK melalui PIBG.
3. Amalan
Pelbagai alat berfikir seperti
Peta Pemikiran, peta minda dan 6 Thinking Hatsdigunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi membantu murid untuk berfikir dan membuat penaakulan.
Kemahiran berfikir akan menjadi
amalan apabila guru dan murid menggunakan dalam bilik darjah melalui aktiviti
yang memerlukan penyoalan aras tinggi, inkuiri serta berpusatkan murid dengan
menggunakan alat berfikir.
Guru sebagai fasilitator
menggalakkan murid menyoal semasa aktiviti dalam bilik darjah.Murid
bertanggungjawab terhadap pembelajaran masing-masing.
No comments:
Post a Comment