Friday, 17 April 2015

Hasil yang diharapkan Melalui Pelaksanaan Inovasi Pendidikan di Sekolah

Hasil Yang Diharapkan


Adalah diharapkan pihak sekolah dapat mengenal pasti berlakunya perubahan sikap murid. Perubahan yang diharapkan pada murid adalah:



Bagaimana Hendak Membudayakan Kemahiran Berfikir Dalam Kalangan Murid?


Bagaimana Hendak Membudayakan Kemahiran Berfikir Dalam Kalangan Murid?

Proses berfikir menjadi satu budaya apabila guru dan murid mengamalkan kemahiran berfikir dan menaakul semasa pengajaran dan pembelajaran. Alat berfikir membantu guru dan murid melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir dan menaakul. Pembudayaan kemahiran berfikir dilaksanakan dengan langkah berikut:
1. Memberi kesedaran
2. Perubahan set minda
3. Amalan

1. Memberi Kesedaran

Semua pihak termasuk pegawai di KPM perlu diberi pendedahan mengenai program i-THINK. Kesedaran dalam mengajar dan belajar berfikir ini diberi melalui taklimat atau kursus. Dengan itu, semua pihak mempunyai bahasa pemikiran dan alat berfikir yang sama.
Jurulatih Kebangsaan Program i-THINK di Bahagian KPM, JPN, PPD, IPGK dan sekolah telah dilatih oleh pihak Kestrel Education, United Kingdom. Jurulatih kebangsaan sekolah melatih pasukan pemandu setiap sekolah. Latihan ini dilaksanakan secara berperingkat seperti Rajah 2 berikut:



2. Perubahan Set Minda
Pentadbir, guru dan murid peru bersedia untuk berubah dalam pengajaran dan pembelajaran. Perubahan memerlukan kerjasama semua pihak. Perubahan set minda mengenai program i-THINK dilaksanakan melalui kempen, latihan, taklimat dan mesyuarat. Sekolah juga boleh mempamerkan banner, carta dan hasil tugasan pengajaran dan pembelajaran i-THINK di sekeliling sekolah. Ibu bapa juga terlibat secara langsung dalam melaksanakan program i-THINK melalui PIBG.

3. Amalan
Pelbagai alat berfikir seperti Peta Pemikiran, peta minda dan 6 Thinking Hatsdigunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid untuk berfikir dan membuat penaakulan.
Kemahiran berfikir akan menjadi amalan apabila guru dan murid menggunakan dalam bilik darjah melalui aktiviti yang memerlukan penyoalan aras tinggi, inkuiri serta berpusatkan murid dengan menggunakan alat berfikir.

Guru sebagai fasilitator menggalakkan murid menyoal semasa aktiviti dalam bilik darjah.Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran masing-masing.


Antara Pelaksanaan dan Penyebaran Inovasi Pendidikan di Sekolah


Contoh Pelaksanaan Inovasi : 





DEFINISI INOVASI & INOVATIF

Inovasi bermaksud idea,amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang.(Ronger E Miller, 1971).

Sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. (Spencer, 1994)

Kamus Dewan Edisi Keempat
mendefiniskan perkataan “inovasi” sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan sebagainya sesuatu yang baru.

Istilah yang berkait rapat dengan “inovasi” ialah “inovatif” yang bererti bersifat inovasi.


Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu yang baru.  (Zainal bin Haji Bujang, 2008)